Wednesday, 5 December 2012

Me.

Assalamualaikum.
Sem2 dah pun bermula,dah 4 hari otak harus digunakan semaksimum mungkin.
Dengan jadual yang sangat padat nye,trust me this sem,sangat2 penat.
Tapi banyak mana keluhan pun aku keluarkan,benda takkan berubah pun.
Jadual still padat.Aku still kena p kuliah, assignment yang menunggu still banyak.
yadda yadda, life goes on kan.sabar Hani sabar.

well seriously,i know.I'm not being the true me lately.yeah,i know i've changed a lot. A LOT. i know.
and aku tahu tanpa aku nak,aku dah sakitkan hati diorang,insan2 kesayangan aku.ampunkan aku.
i'm so sorry.i'm totally lost in my own world.i'm not giving my best for our friendship.

aku tahu aku banyak sakitkan hati diorang.but not actually wanting to go away from them.NEVER.Hani sayang korang sangat2.nothing gonna seperate us kecuali maut yang menjemput.

totally sorry for not being a good friend.i'm totally lost.really hope i can tell all of you what's really going on with me.but,i dont know how to put it in words.bukan hani jauhkan diri.tak tak.bukan tu yang hani cuba buat.hani minta maaf sangat2.hani tahu banyak dah ni hati yang terluka.and hani tahu korang bertiga dah cuba sedaya upaya tak terasa kan.but i know,this situation really awkward eh.

ye i know,semua orang pun perasan benda ni.they keep on asking and talking.but believe me,korang sentiasa yang terbaik untuk Hani.guess,too many problems in my life right now make me being so stupid and selfish.hani tahu korang terluka.ampun banyak2.and sorry sangat2.tak mampu nak cakap depan2.karang hani meleleh.korang meleleh.hani tak sanggup nak tengok air mata korang jatuh atas kelemahan hani sendiri.maafkan hani.hani sayang korang sangat2.sangat2.

i'm lost sangat2.sabar ye sayang2 bertiga.i'm trying to fix my life then,everything gonna back to be like always.sorry sangat.hani tahu hani salah.hani tahu.hani jahat,yes.hani ego,memang.hani sentiasa buat korang risau,sorry.hani yang pentingkan diri,ampunkan hani.

sebab terlampau sayangkan korang,hani cuba jadi kuat.hani minta maaf sangat2.hani bebankan korang.hani bersyukur sangat ada korang dalam hidup hani.please stay with me cause i'm weak without the three of you.sayang korang sangat2.sorry,my life sangat2 tak teratur sekarang.sorry sangat sangat :'(

HANI YANG JAHAT NI MINTA MAAF SANGAT-SANGAT DEKAT AWAK BERTIGA.

HANI SAYANG AWAK BERTIGA SANGAT2.


Wednesday, 28 November 2012

I S A B E L L A

Assalamualaikum semua :) 

lama dah rasanya tak menulis ni.banyak benda nak di selesai kan memandangkan dah nak buka sem baru ni kan.pcking barang,bayar yuran,itu ini.haihhhhhh.

okay takpe,soal itu tolak ke tepi.minat membaca?novel?or perhaps things about religion?so why not try to read this book ;) 


entitle Isabella, this novel is awesome.you'll satisfy with this novel,i tell ya :) well,actually novel ni bukanlah novel baru.lama dah pun.yang aku beli ni pun dah edisi ketiga dah pun ha.but you know what,

makin lama buku tu,makin tinggi nilainya.trust me.
korang seriously kena baca buku ni.baca je mesti insaf gila.serius.dia ada nilai estetika yang tersendiri.semangat juang yang tinggi.dan rasa cinta yang kuat,

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

bukanlah rasa cinta pada manusia semata-mata.
kerana cinta yang tulus dan dalam buat Pencipta,maka wanita ini beajar mencintai manusia.
ketabahan beliau mengharungi dugaan demi mempertahankan agama Islam sangat2 mengharukan.
baca je buku ni,mesti tersentuh.

dari kulit ke kulit.mesti puas hati punya.
kupasan agama yang lengkap dan menarik,pasti takkan membosankan :) 

so kawan2, why not cuba baca buku ni.betul-betul seronok.tak tipu.
so till now,bye ;) 

Wednesday, 21 November 2012

Masa Gembira Kita :')

Assalamualaikum semuanya :)
tadi dok godek2 kamera,tiba jumpa gambar lama.and sumpah rindu gila dekat kenangan tu.

kenangan zaman sekolah :')
dulu masa kat seratas,rapat sangat dengan this little girl.


Marliana by name :D cantik kan dia :) dia selalu ada dengan aku.saat susah.saat senang.selalu sama2 harungi cabaran masa kat Seratas dulu :)

dan banyak kenangan pahit manis kami kongsi bersama.banyak sangat.well,sebenarnya start rapat ngan Marly masa f5 :) tapi sampai sekarang jadi best buddy :) kitorang dah macam adik beradik.kongsi masalah sama2 :)


banyak kenangan kami kongsi.kalau nak cerita,of course entry kali ni takde penghujungnya.so i guess,let us cherished them together :) and walau jauh manapun kami,In Shaa Allah,kami takkan lupakan kenangan kami bersama :')


see this?hehe.that bear,milik dia :) and that cute little mooo is mine :D ada dalam bilik.peneman tidur.Marly yang bagi.sweet kan.


nampak tak betapa mengada ngada nya aku bila dengan dia :')
ini jamuan raya terakhir di bumi seratas.kenangan beraya terakhir di sekolah bersama sahabat tercinta.i'll cherished it every single day of my life baby :')


ini masa dekat Teratak Afrina.preparation nak sambut kedatangan SPM yang kami memang gila2 study.hard core punya.kem ni best.tempat ni pun cantik.awesome sangat :) serius.



ni masa kami lepak2 kat pizza hut.chewahhhh lepak2 gaya macam anak orang kaya ja.hehe.dating time ;) time ni dua2 pun serabut study so kami p release tension dekat pizza,
well actually banyak lagi gambar.tapi cukup lah tunjuk yang ni je.i just wanna say that i truly miss her.lama sangat dah tak jumpa.tapi takpe i'll stay strong.in shaa allah satu hari nanti kami akan jumpa balik.



kita akan jumpa juga nanti baby.i yakin.i sayang u sangat2.sangat2 baby :)



dear Marliana,ikhlas dari i, iloveyou.more than words can say :')

Tuesday, 20 November 2012

Random Awesome

Assalamualaikum semua :)

harini,takde benda sangat pun aku nak cerita.
just nak berkongsi cerita pasal si cantik Maima.


cakkkkkkkkkk.ni lah Maima aku :)

well sekarang ni kami tengah menghabiskan saki baki cuti sem yang tinggal.
and mungkin disebabkan Maima ni dah taktahu sangat nak buat apa.

dia beli buku mewarna.something random eh?
but it turns out to be something awesome :D
okay,sangat comel kan.umur dah nak masuk 19 tapi Maima semangat beli buku warna.

percaya atau tak?aku ada bukti.semalam dia whatsapp kat aku gambar yang dia warna.
hehe.maima sangat comel.like seriously ;)


ini boboi boy ;) k aku tak sure dengan ejaan dia sebab aku tak pernah layan cerita ni :P hihi*gelak malu.
ada lagi satu.



haa,ni gambaq princess :) cantik kan.hehe.Semalam Maima siap promote kat twitter lagi.
that why timbul idea nak promote Maima kat blog pula.

well,maybe ada orang akan kata,dia ni merepek merapu meraban or whatsoever.tapi aku rasa,okay je apa yang dia buat ni.at least,dia ada buat something kan.
and seriously,benda ni ingatkan aku kat zaman kanak kanak aku dulu.

and it is a wonderful feeling bebeh :D

so i'm glad to say thanks Maima,for bringing back the old memories.
kite sayang awokkkk.

and satu lagi,Maima ampun.kite ambil gambor awak tak bagitahu.hehe.well,for those yang nak kenai dengan Maima aku yang unique and super awesome ni,you can click this , ;)

sayang saya <3

hehe.Maima,i'm promoting your fb account.
so sampai sini dulu.bye *lambai2 tangan.


Sunday, 18 November 2012

Life Goes On

Assalamualaikum.
There's not much to say actually,but yeahhhh,feel like to write something here.
guess it doesn't bother anyone.because anyhow,this is mine heh :)

yeah sometimes i feel like giving up.give up with the path i'm taking right now.but actually,gving up is actually not in my nature.plus,i've already in this path.but somehow,somewhere,i'm worried all along that i might end up,fail to success.i just freakin worry that i'll disappoint my parent,my siblings.my family.

but i keep telling myself,






but still honestly,i'm worried.

still,i'll do my very best for my future.but somehow,yeah i'm worried.



i really hope i can make it.really hope i can make it :')


Thursday, 15 November 2012

Phone Case

Assalamualaikum semua.

wewewewe. sangat excited sebab pagi ni dah berjaya siapkan phone case sendiri :) hihihihi.
yayyyy, bb tersayang dah ada case.hihi.even simple,tak kisah lah.janji puas sebab buat sendiri :D


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.my phone case,hoyeahhhhh hoyeahhhh.joget2 gumbira :)

seronok gile sebab benda yang dok bertangguh ni siap pun pagi ni.buleh tidur lena lah lepas ni.hihi.


actually belah dalam tu kaler pink tap sebab gelap so tak nampak sangat.hihi.



siap pun phone case aku yang serba simple ni.alhamdulillah.biar simple yang penting free :) korang pun buleh try buat,senang ja.hihi.

thats all for now.byeeeeee,nak tidur ni.


salam alaikum :) 

Tuesday, 13 November 2012

triffle comot.

Assalamualaikum.

hai hai semua.ada lah satu malam tu sebab aku dah taktahu nak buat apa,tangan ni dok gatai nak buat triffle.tapi sumpah tak tipu sebenarnya malam tu aku penat gila.just rasa bosan,buat juga lah triffle.

part yang lawaknya,aku tersalah beli kek swiss roll.beli yang bapak nipis punya.memang ahhh.dengan kelam kabutnya.so,triffle aku tak jadi.comot gila.haha.tapi sebab dah buat,makan je lah kan.rasa nya okay just fizikalnya buruk gila.tak percaya?sini aku tunjuk bahan bukti.hihi.


see i told yaaaa,comot gila.takpe,lepas ni buat leklok sikit ye diri oi.hihihi *gelak malu.k nampak sangat tak buleh kahwin lagi ni.haha.tiba2 je kan,k takde kaitan.

lepas ni kena beli swiss roll yang tebai sikit tu baru menjadi.and maybe lapisan kedua dan ketiga aku tu banyak sangat kot.nasib baik adik2 kata sedap.okay lah sikit hati ni.dah habis dah pun depa melantak.haha.
lain kali buat lagi kalau rajin.

haha,kat sini dapat pengajaran tau sebenarnya,


lain kali kalau nak buat sesuatu,buat dengan sepenuh hati,baru menjadi.and even dah buat dengan sepenuh hati tapi still tak jadi,jangan berputus asa.cari mana yang silap dan perbetulkan :)

sebenarnya senang je nak buat triffle ni,aku je yang menyusahkan diri sendiri.next time should be better,insyaAllah :)

till now,bye :D

Hari yang panjang.

Assalamualaikum semua.

Harini saja lah nak sembang2.sembang2 biasa je mungkin.hmm,result dah keluar.agak teruk lah juga tapi redha sebab aku yakin,Allah ada aturanNya sendiri.atau mungkin Allah masih belum berpuas hati dengan usaha yang aku tunjukkan.next sem,i'll strive for excellent.This 3.25 pointer,akan jadi pengajaran untuk masa depan.ye ye *angguk2 kepala.

Muet pun dah lepas.Well,sejujurnya,langsung tak berpuas hati dengan performance sendiri.tapi,sebab benda dah berlalu,aku redha,dan tawakkal menunggu result.InsyaAllah,Tuhan ada jalan terbaik buat aku.So,let bygone be bygone.

Muet hari sabtu haritu, 10.11.12, and then, 11.11.12 abg sedara aku kahwin.so hari yang agak busy lah.tapi i'm having fun sebab dikelilingi cousin yang disayangi.and ye,haritu cousin2 aku nampak cantik dan sangat2 manis ;) awwwwww,generasi shith kan.cucu atuk mana ada yang tak manis.hihi.



bersama sama adik sedara tersayang ;) yeahhh they freakin cute :D


bersama kak lala dan aye :) wehuuuuu.

okay ni ada cerita lawak.haritu spek Aye patah.then ganti baru.sebiji macam aku punya.sumpah sebiji.kaler nye.aku yang mula2 taktahu ni blank gila, apesal lah minah ni pakai spek aku.aku pun tanya lah dia, "Aye,Aye pakai spek Kak Iqah ke?". dia dok geleng2 kepala.dia kata spek aku ada dalam surau.aku pun p lah check kat surau and yes,memang spek aku kat situ.dia pun cerita lah kat aku,Aye pun pagi tadi terkejut Kak Iqah,tiba2 spek Aye jadi dua.lepas tu dia gelak.amboih comel betul si bulan ni :) okay itu lah pun yang lawaknye.k hambar k k :P


yang ni,si cantik manis ni adik sedara tersayang.oh budak SPM ;) do your best Dekja,akak percaya kamu boleh ;)



and look,betapa rendahnya aku.ahhhh pedulikan :)


so thats how i spent my last week.tired of course sebab malam tu pula ada tahlil untuk arwah atuk tapi,aku seronok sebab dapat habiskan masa bersama keluarga tersayang.bersama generasi shith tercinta :) and oh sorry gambar pengantin takde dalam phone aku,harap maaf.hehe.

thats all for now.enjoy your day semua :D

Tuesday, 6 November 2012

Mulberry Leaves

Assalamualaikum.
Harini nak share pasal Daun Mulberry.
Actually,ayah lah yang perkenalkan daun ni kat aku.
Dia dok reneh daun ni and minum.
Last2,dengan aku2 sekali kena minum.

Bila aku tanya pasaipa aku kena minum,
ayah dok kata,nak sihat minum.
Aku pun minum lahhhh.Cuma harini baru tergerak nak cari khasiat di sebalik daun ni.
Haha typical me.


cakkkk.ni lahhh daunnya :)
Daun Mulberry ni ideal untuk membantu mengatasi penyakit2 berikut,

-Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetis)

-Mengawal serta mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah.

-Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

-Membantu mengelakkan serangan sakit jantung.

-Membantu dalam kehilangan berat badan.

-Mengurangkan keadaan asma yang teruk.

-Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda #ehh? haha.

-Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana mengandungi kandungan kalsium yang tinggi.

-Meredekan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.

-Mengurangkan kesakitan ketika datang haid.


-Menambahkan tenaga (aku yang lembik ni --')

-Membantu perjalanan haid yang tidak teratur


-Membantu mengurangkan migrain, sukar tidur malam dan hipertensi.





hahhhhh,hat yang tulisan besaq siap bold bagai tu lah masalah aku.patut pun ayah suruh minum.hihi.nasib baik tak pahit kalau dakkkk,ampun lah ayah,memang ke sinki je lah jawabnya.haha.

k thats all for now :D

Monday, 5 November 2012

KAMI BLOGGER UTAGHA

Assalamualaikum,hai :)



Saya asal Ipoh, tapi laaa ni dok study dekat Merbok :D

Bising Dalam Sunyi

Assalamualaikum.

well,frankly speaking,sebab dah terlampau bosan,
minda tiba tiba mencipta idea, meluah rasa.
so enjoy guys :)

***********************************

entah kenapa dalam sepi ini,
aku rasakan hingar yang begitu menyakitkan telinga.
pedih sehingga menyucuk tangkai hati dan jiwaku.
sakit sehingga menganggu minda dan akal fikirku.

sepi ini.bisu tanpa kata.
namun entah kenapa hingar nya seperti di pasar.
ada gaduh yang mengaduh.
ada tawa yang gembira.
ada sedih yang menangis.

padahal sunyi sekali sekelilingku.
sehinggakan bunyi kipas kedengaran kuat sekali.

namun aku tidak mengerti entah kenapa.
sepi yang menyelubungi,
hingar bermain di minda yang seakan tuli.

**************************************

done.thanks for reading guys :D

Saturday, 3 November 2012

Bersama Old Stuff :)

Assalamualaikum :)
Harini aku menghabiskan siang aku dengan menghadap barang2 felt aku.
Gila seronok rasa sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas hari ni.chewahh :3

So, here are some of my lovely stuff,


 ni benang2 aku, tapi sepatutnya banyak lagi entah ke mana lah menghilang.gila sedih .__________.



ni nak cakap apa eh?alah ni semua bahan2 tambahan lah.eh yeke?haha.pedulikannnnnnnn.



ni pula namanya felt.kain yang aku guna untuk buat benda2 alah aku tu lah.hailaaaa.seronok melepas rindu.
benda2 ni aku buat masa aku habis SPM dulu.kira macam part time job aku lahhhh.tapi buat kat rumah memandangkan ayah tak bagi kerja dekat luar :)

dapat lah juga sikit duit kan ;)
disebabkan tadi rindu nak buat benda ni,tangan pun mula lah start.step by step.
saja lah nak tengok ada skill lagi ke tak.
tapi tapi hancur.haha.tangan dah hilang skill beb.hailaaaaa.


ni lah haaaa.nampak sangat cacatnyaaa...haha.padahal takdak susah mana pun nak buat.
hmm.skill lari ni,kena asah lagi.
or ada step yang tak betul kot.hmmmmmm*fikir panjang.
tapi tadi ada gak lah snap gambar masa buat.kot2 lah hangpa nak try ka ;)

***************************

first step,


kena lah buat pattern dia.ni yang paling simple ahhh senang cerita.tapi telinga dia aku tak buat malaihhhh.
hehe,ni aku guna kertas biasa je.alahhhh nak guna surat khabar pun boleh.ikut lah kan :D

next step,


potong felt ikut pattern yang hangpa dah buat tu.
warna ikut suka hangpa lahhh kan,pilihan sendiri,mana berkenan kat hati :3

then,


lepas tu,haaa apalagi,jahit lahhh.aku start dengan bahagian badan dia.ikut hangpa lahhh nak start bahagian badan ka kepala ka.janji buat dua2 kan.


haaa,ni pula bahagian kepala nya.ada telinga yang aku tak buat pattern tu.tapi kalau taknak letak pun okay je.ikut suka lahhhh kan.


haaa,jahitkan bahagian kepala ngan badan,so ni lahhh hasil dia,kan senang.tapi lambat gila aku siapkan.
cacat pula tuuuu.haha.takpa takpa,
practice makes perfect kannnn.

**************************

ingat nak touch up sikit skill aku,
nak kemaskan lagi jahitan.
lepastu ingat nak buat untuk Anis Nana ngan Maima.
sebagai tanda kenang kenangan kan.
hand made ikhlas dari aku,hope depa suka :)

so ni je kot for now :)
have a great day.

Wednesday, 31 October 2012

hanya ingin bicara

Assalamualaikum semua :)

Entry kali ni mengenai apa?
Disebab kan tadi bosan, tangan ni tanpa disengajakan p dok menconteng conteng kertas.
Hasilnya,tercipta lah sebuah puisi yang emmmm macam mana eh nak kata.
Entahlah.Tapi aku nak abadikan dekat blog aku yang tercinta ni,
So,enjoy yahhhh guys :D

**********************************

Pagi tampak sunyi, kosong tanpa suara.
Yang ada hanya kokokan ayam, cuba untuk membangunkan manusia.
Atau juga suara kucing yang mungkin kelaparan pinta dilayan manja.
Sepi,ku pandang langit,yang ada cuma pasangan burung terbang bebas di angkasa,
Barangkali keluar mencari rezeki di pagi hari, persis sunnah Nabi kita.

Dalam damai yang menyelubungi jiwa, 
Aku singkap kembali ceritera remajaku,
Gelaran pelajar yang dahulunya merupakan beban bagiku.
Entah mengapa,pagi ini aku menjadi perindu.
Pada kenangan zaman persekolahanku.

Mungkin memori zaman itu tidak sama seperti manusia lainnya, 
Punya pelbagai kisah suka yang menjadi penyemat cinta.
Namun cukup dengan itu,aku bersyukur dengan segalanya.
Kerana tiap kenangan itu menjadikan aku lebih dewasa.

Sejuk yang mencengkam, membuatkan aku semakin asyik mengulit sejarah silam.
Entah sampai bila lamunanku kan berakhir, 
Aku jadi bingung jadi tidak mengerti.
Namun yang pasti,aku hargai tiap kenangan ini :) 

*******************************

well sebenarnya puisi ni takde tajuk lagi,so mind to give any suggestion?
thanks for reading.

Tuesday, 30 October 2012

Coret buat anda.

Assalamualaikum.
Tinta kali ni,aku nak cerita mengenai insan yang sentiasa bermukim dalam hati aku,
Yang sentiasa menjadi keutamaan dalam hidup aku.
Yang takkan aku tinggalkan selagi nyawa masih milikku,
Yang akan sentiasa aku hargai kehadiran mereka dalam kehidupanku.

Mereka keajaiban terindah dalam cerita realitiku,
Insan yang terbaik,insan yang bergelar sahabatku.....


**************
Anis binti Mohd Yusof ,

Zaty Umaima bt Ariffin ,

Che Husnor Al Husna bt Che Hussain .

***************

Mencari sahabat yang mampu berkongsi bukan hanya suka namun bersama tika duka,
Mencari sahabat yang mampu menerima bukan hanya kelebihan tapi juga kelemahan diri kita,
Memerlukan masa yang kita sendiri tidak mampu mencongaknya.
Memerlukan pengorbanan yang kita sendiri tidak mampu mengukur betapa pedihnya.


Namun aku bersyukur ditemukan dengan mereka yang begitu sempurna,
Di mata aku yang hanya seorang manusia biasa.
Aku bersyukur diberi peluang mengenal erti suka duka bersama insan terhebat ciptaan Pencipta kita.
Aku bersyukur dengan penerimaan mereka terhadap segala kelemahan aku,insan serba tiada.



Segala cinta,kasih dan sayang mereka merupakan anugerah terindah dalam hidupku,
Segala pengorbanan mereka menjaga dan menemaniku,aku hargai sehingga habis lelah nafasku.
Setiap kenangan yang bersemadi,aku hayati di setiap detik hidupku.

Kerana mengenali mereka merupakan anugerah yang Tuhan berikan padaku,
Sehingga mampu menutup segala kelemahanku dengan setiap nilai kekuatan mereka.
Mampu menyembunyikan tiap tangis sedihku dengan senyum manis ukiran mereka.

Lalu Tuhan,dengan hadiah seumpama ini,
Mana mungkin manusia seperti aku mampu melupakan mereka.

*******************************

InsyaAllah persabatan kita ini jalannya ke syurga.
Hani sayang korang sangat-sangat,
Hani bersyukur dikurniakan sahabat yang sebaik korang.
Ampunkan segala khilaf dan kelemahan manusia bernama Hani.

Walau apapun berlaku,cinta untuk Anis,Nana,Maima takkan mati dalam hati Hani.
InsyaAllah.

Tinta pertama

Okay ni nukilan sendiri.
buat sajak ni masa hujan tengah lebat,
dengan kilat dan guruh berdentum dentam nya.
jadi,terimalahhhhhhh

*************
Rintik Duka

Jauh pandangan ditebar ke luar jendela,
Sayup semaki syahdu,
Rintik duka semakin menggila,
Lebat tangisan jiwa,
Menangis namun tiada suara...

Rintik jernih dari angkasa
Turut sama mencurah,
Membasahi bumi yang gersang,
Bersama dentuman guruh,
Juga pancaran kilat..

Apakah langit juga meluah duka?
Atau sekadar menemani hati yang hiba,
Angkara rintik-rintik duka.

*************

okay dah habis.tu je :) 
thanks for reading,enjoy your day.
Assalamualaikum.

motive.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum semua :)

first post, nak cerita pasal motif aku buat blog ni.

*********
pertamanya, blog yang lama macam dah ada masalah sikit.
which is,aku terlupa password ._.

keduanya, bosan wehhhh kalau takde blog, sebab tu nak tak nak,
buat juga yang baru.

ketiganya, daripada buang masa tak buat apa2 baik aku menulis.

**********

itu je kot motifnye :)
salam ceria semuanya.