Assalamualaikum.
Tinta kali ni,aku nak cerita mengenai insan yang sentiasa bermukim dalam hati aku,
Yang sentiasa menjadi keutamaan dalam hidup aku.
Yang takkan aku tinggalkan selagi nyawa masih milikku,
Yang akan sentiasa aku hargai kehadiran mereka dalam kehidupanku.
Mereka keajaiban terindah dalam cerita realitiku,
Insan yang terbaik,insan yang bergelar sahabatku.....
**************
Anis binti Mohd Yusof ,
Zaty Umaima bt Ariffin ,
Che Husnor Al Husna bt Che Hussain .
***************
Mencari sahabat yang mampu berkongsi bukan hanya suka namun bersama tika duka,
Mencari sahabat yang mampu menerima bukan hanya kelebihan tapi juga kelemahan diri kita,
Memerlukan masa yang kita sendiri tidak mampu mencongaknya.
Memerlukan pengorbanan yang kita sendiri tidak mampu mengukur betapa pedihnya.
Namun aku bersyukur ditemukan dengan mereka yang begitu sempurna,
Di mata aku yang hanya seorang manusia biasa.
Aku bersyukur diberi peluang mengenal erti suka duka bersama insan terhebat ciptaan Pencipta kita.
Aku bersyukur dengan penerimaan mereka terhadap segala kelemahan aku,insan serba tiada.
Segala cinta,kasih dan sayang mereka merupakan anugerah terindah dalam hidupku,
Segala pengorbanan mereka menjaga dan menemaniku,aku hargai sehingga habis lelah nafasku.
Setiap kenangan yang bersemadi,aku hayati di setiap detik hidupku.
Kerana mengenali mereka merupakan anugerah yang Tuhan berikan padaku,
Sehingga mampu menutup segala kelemahanku dengan setiap nilai kekuatan mereka.
Mampu menyembunyikan tiap tangis sedihku dengan senyum manis ukiran mereka.
Lalu Tuhan,dengan hadiah seumpama ini,
Mana mungkin manusia seperti aku mampu melupakan mereka.
*******************************
InsyaAllah persabatan kita ini jalannya ke syurga.
Hani sayang korang sangat-sangat,
Hani bersyukur dikurniakan sahabat yang sebaik korang.
Ampunkan segala khilaf dan kelemahan manusia bernama Hani.
Walau apapun berlaku,cinta untuk Anis,Nana,Maima takkan mati dalam hati Hani.
InsyaAllah.



awww. maima pun sayang hani sangat2. InsyaAllah I will always be there for you whenever you need me :) muahhh :*
ReplyDeletethank you sweetheart :) for everything.
ReplyDelete