Wednesday, 31 October 2012

hanya ingin bicara

Assalamualaikum semua :)

Entry kali ni mengenai apa?
Disebab kan tadi bosan, tangan ni tanpa disengajakan p dok menconteng conteng kertas.
Hasilnya,tercipta lah sebuah puisi yang emmmm macam mana eh nak kata.
Entahlah.Tapi aku nak abadikan dekat blog aku yang tercinta ni,
So,enjoy yahhhh guys :D

**********************************

Pagi tampak sunyi, kosong tanpa suara.
Yang ada hanya kokokan ayam, cuba untuk membangunkan manusia.
Atau juga suara kucing yang mungkin kelaparan pinta dilayan manja.
Sepi,ku pandang langit,yang ada cuma pasangan burung terbang bebas di angkasa,
Barangkali keluar mencari rezeki di pagi hari, persis sunnah Nabi kita.

Dalam damai yang menyelubungi jiwa, 
Aku singkap kembali ceritera remajaku,
Gelaran pelajar yang dahulunya merupakan beban bagiku.
Entah mengapa,pagi ini aku menjadi perindu.
Pada kenangan zaman persekolahanku.

Mungkin memori zaman itu tidak sama seperti manusia lainnya, 
Punya pelbagai kisah suka yang menjadi penyemat cinta.
Namun cukup dengan itu,aku bersyukur dengan segalanya.
Kerana tiap kenangan itu menjadikan aku lebih dewasa.

Sejuk yang mencengkam, membuatkan aku semakin asyik mengulit sejarah silam.
Entah sampai bila lamunanku kan berakhir, 
Aku jadi bingung jadi tidak mengerti.
Namun yang pasti,aku hargai tiap kenangan ini :) 

*******************************

well sebenarnya puisi ni takde tajuk lagi,so mind to give any suggestion?
thanks for reading.

Tuesday, 30 October 2012

Coret buat anda.

Assalamualaikum.
Tinta kali ni,aku nak cerita mengenai insan yang sentiasa bermukim dalam hati aku,
Yang sentiasa menjadi keutamaan dalam hidup aku.
Yang takkan aku tinggalkan selagi nyawa masih milikku,
Yang akan sentiasa aku hargai kehadiran mereka dalam kehidupanku.

Mereka keajaiban terindah dalam cerita realitiku,
Insan yang terbaik,insan yang bergelar sahabatku.....


**************
Anis binti Mohd Yusof ,

Zaty Umaima bt Ariffin ,

Che Husnor Al Husna bt Che Hussain .

***************

Mencari sahabat yang mampu berkongsi bukan hanya suka namun bersama tika duka,
Mencari sahabat yang mampu menerima bukan hanya kelebihan tapi juga kelemahan diri kita,
Memerlukan masa yang kita sendiri tidak mampu mencongaknya.
Memerlukan pengorbanan yang kita sendiri tidak mampu mengukur betapa pedihnya.


Namun aku bersyukur ditemukan dengan mereka yang begitu sempurna,
Di mata aku yang hanya seorang manusia biasa.
Aku bersyukur diberi peluang mengenal erti suka duka bersama insan terhebat ciptaan Pencipta kita.
Aku bersyukur dengan penerimaan mereka terhadap segala kelemahan aku,insan serba tiada.



Segala cinta,kasih dan sayang mereka merupakan anugerah terindah dalam hidupku,
Segala pengorbanan mereka menjaga dan menemaniku,aku hargai sehingga habis lelah nafasku.
Setiap kenangan yang bersemadi,aku hayati di setiap detik hidupku.

Kerana mengenali mereka merupakan anugerah yang Tuhan berikan padaku,
Sehingga mampu menutup segala kelemahanku dengan setiap nilai kekuatan mereka.
Mampu menyembunyikan tiap tangis sedihku dengan senyum manis ukiran mereka.

Lalu Tuhan,dengan hadiah seumpama ini,
Mana mungkin manusia seperti aku mampu melupakan mereka.

*******************************

InsyaAllah persabatan kita ini jalannya ke syurga.
Hani sayang korang sangat-sangat,
Hani bersyukur dikurniakan sahabat yang sebaik korang.
Ampunkan segala khilaf dan kelemahan manusia bernama Hani.

Walau apapun berlaku,cinta untuk Anis,Nana,Maima takkan mati dalam hati Hani.
InsyaAllah.

Tinta pertama

Okay ni nukilan sendiri.
buat sajak ni masa hujan tengah lebat,
dengan kilat dan guruh berdentum dentam nya.
jadi,terimalahhhhhhh

*************
Rintik Duka

Jauh pandangan ditebar ke luar jendela,
Sayup semaki syahdu,
Rintik duka semakin menggila,
Lebat tangisan jiwa,
Menangis namun tiada suara...

Rintik jernih dari angkasa
Turut sama mencurah,
Membasahi bumi yang gersang,
Bersama dentuman guruh,
Juga pancaran kilat..

Apakah langit juga meluah duka?
Atau sekadar menemani hati yang hiba,
Angkara rintik-rintik duka.

*************

okay dah habis.tu je :) 
thanks for reading,enjoy your day.
Assalamualaikum.

motive.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum semua :)

first post, nak cerita pasal motif aku buat blog ni.

*********
pertamanya, blog yang lama macam dah ada masalah sikit.
which is,aku terlupa password ._.

keduanya, bosan wehhhh kalau takde blog, sebab tu nak tak nak,
buat juga yang baru.

ketiganya, daripada buang masa tak buat apa2 baik aku menulis.

**********

itu je kot motifnye :)
salam ceria semuanya.