Friday, 15 February 2013

Cerita

Assalamualaikum.

Seringkali mata tertipu dengan senyuman.
Seringkali juga mata terpedaya dengan tangisan.
Ada senyuman itu hanya untuk menutup derita di hati.
Di sebalik senyuman itu ada cerita yang cuba diselindungkan.
Cerita derita dan sepi.

Ada tangisan itu begitu mendayu sekali.
Namun perit di hati tiada siapa bisa rasai.
Tangisan itu kadang melemahkan.
Kadang menghambat kekuatan.



Siapa kita untuk menghukum.
Siapa kita untuk menilai.
Siapa kita untuk menuding jari.
Kerna kita tidak tahu erti kebenaran.



Kita buta dengan senyuman yang dilemparkan.
Kita hanyut dengan kesedihan yang di tontonkan.
Setiap tangisan dan senyuman punya,
Sebuah cerita yang tidak mampu kita rungkaikan.

Kerana cerita itu sering disembunyi di sebalik mainan perasaan.

4 comments:

  1. aaah, u never change.. i was , am n forever will be blown away with your poetry dear! nice one!!

    ReplyDelete
  2. thanks sayang :) of course lah,i mana pernah akan berubah.this is me dear.

    ReplyDelete
  3. dahsyat r bahase die,,high class :-D
    patut awak amik bidang pnulisan la cik hani oi ;-)

    ReplyDelete
  4. haha kalau ikut memang nak ambil bidang tu.mama tak restu.hehe.jadikan hobi pun cukup lah.ye dak awak?

    ReplyDelete